Sunday 4 December 2011

ku redha dengan semuanya....

hidup ini,
penuh dengan tanda tanya,
tidak kira di mana pun,
tapi yang pasti kita perlu redha,
kalau itu sudah kehendaknya.....


tidak ada gunanya menagis,
kerana walau menagis darah,
sekali pun,
ia tidak akan berubah sepenuhnya,
sebab itu kita harus redha.....


kita selalu bertanya,
apakah maksud semua ini,
kerana sesetengah orang 
tidak sanggup mengharunginya,
rintangan itu,seperti aku jua hanya
bertemankan air mata,
tapi pada ketika itu kita harus 
kuatkan semangat walau
apa pun yang terjadi......


kerana itu semua ada hikmah,
hanya dia sahaja yang menggetahui,
dan kita hanya mampu berdoa,
dan minta petunjuk dariNYA,
agar menunjukan jalan ke hadapan.....


oleh itu,
kita harus redha kepadaNYA,
apa yang terjadi masa sekarang,
kerana masa yang akan datang,
kita tidak akan tahu,
apa yang akan terjadi dan yang bakal
kita tempuhi..... 




No comments:

Post a Comment